Kelas Asas ICT (Microsoft PowerPoint & Word)

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2020, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas ICT dan topik yang dipelajari adalah Microsoft PowerPoint dan Word. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membiasakan peserta dan memaksimumkan pengetahuan asas mereka tentang Microsoft PowerPoint dan Word dengan fungsi-fungsi setiap tool yang terdapat pada perisian tersebut.

Kelas ini telah disertai oleh 5 orang peserta iaitu pelajar daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Pajar Sejingkat, Sekolah Rendah Kebangsaan Tabuan dan SMK Demak Laut. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
1. Cara membuat Folder dan menyimpan file
2. Menukar warna jadual kelas
3. E-pembelajaran – menaip dengan pantas menggunakan laman sesawang secara atas talian
4. Menaip petikan daripada modul yang disediakan
5. Tayangan Video Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali